Thursday, August 25, 2011

Ramadhan dan Syawal.

Bulan Ramadhan.. kurang seminggu lagi bersama dengan kita..
Menjelma pula bulan Syawal... sekejapnya rasa waktu berlalu. Tahun ini jugalah tahun pertama menyambut kedatangan Ramadhan dan Syawal sebagai seorang ibu.. tak mudah rupanya.. tapi Alhamdulillah, walaupun tak 'perfect' ada improvement setiap hari. Tak sabar nak tengok rayyan pakai baju melayu :)

Paling dirindui,dan tak dapat buat tahun ni: berterawih berjemaah di masjid. Insyaallah, harapnya Ramadhan akan datang dipanjangkan umur untuk bersama-sama berterawikh di masjid..

Harapnya segala ibadat yang dilakukan diterima dan diberkati oleh Allah SWT. Dan semoga ibadah2 ini dapat dipanjangkan walaupun setelah Ramadhan meninggalkan kita...

Jangan lupa puasa 6 di bulan Syawal..

dan sempena Syawal yang bakal tiba ini... saya ingin menyusun 10 jari.. memohon kemaafan andai kata tersalah kata atau tersilap laku... Harap dimaafkan, mungkin ada terguris hati kecil sesiapa..terutama keluarga terdekat, sahabat handai.. rakan sekerja.

Jemputlah beraya dirumah yea :) tak buat open house but rumah memang sentiasa terbuka menyambut kehadiran tetamu....

Akhir kata, jangan beraya sakan.. ingatlah untuk memberi pada yang lebih memerlukan, satu kebaikan yang kita but nescaya Allah akan membalasnya berkali-kali ganda.

Salam Aidilfitri from : munie_ajeep and lil rayyan.

No comments:

Post a Comment